Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand 您所在的位置:网站首页 xl xlt Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand

Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand

2024-07-10 05:36| 来源: 网络整理| 查看: 265

Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k

Ford secara rasminya telah mengumumkan pengenalan Ranger XL dan XLT di Thailand, dua bulan selepas pengenalan Ranger Sport dan Wildtrak. Terdapat 12 varian ditawarkan untuk barisan XL dan XLT di sana, dengan harga bermula dari 554,000 baht (RM71k) hingga 943,000 baht (RM121k).

Termasuk dalam harga itu adalah jaminan kilang lima-tahun atau 150,000 km, serta insuran kelas pertama percuma bagi tahun pertama. Menurut Headlightmag, XL ditawarkan dalam tiga gaya badan — Single Cab, Extended Cab dan Double Cab, sementara XLT hanya dalam versi Extended Cab atau Double Cab.

Semua model menggunakan enjin 2.0 liter EcoBlue empat-silinder turbodiesel, menghasilkan sama ada 150 PS at 3,500 rpm dan 350 Nm dari 1,500 – 2,750 rpm, atau 170 PS pada 3,500 rpm dan 405 Nm dari 1,750 – 2,500 rpm. Ford menyatakan enjin berkenaan serasi dengan biodiesel B20, dan versi 170 PS itu hanya untuk barisan XLT sahaja.

Next-Gen-Ranger-XL-Standard-Cab-4x4-1_BM Next-Gen-Ranger-XL-Open-Cab_BM Next-Gen-Ranger-XL-Open-Cab-1_BM

Pilihan untuk transmisi terdiri daripada manual lima-kelajuan, manual enam-kelajuan (kedua-dua versi berkongsi transmisi MT88 yang baru) atau automatik enam-kelajuan (6R80) bergantung kepada varian, tetapi automatik hanya bagi model terpilih XLT.

Apa yang lebih menarik adalah walaupun untuk model paling asas 4×2 (dengan lampu utama reflektor, rim logam 16-inci, kemasan luaran tanpa cat dan dua beg udara) datang dengan panel instrumen digital lapan-inci, serta paparan skrin sentuh sebesar 10.1-inci, lengkap dengan sistem SYNC 4A.

Ini membolehkan sokongan untuk Apple CarPlay dan Android Auto, serta mempunyai e-SIM binaan dalam untuk kemaskini perisian OTA, fungsi hotspot WiFi, serta capaian telefon jarak jauh melalui aplikasi FordPass. Model Extended Cab menerima empat pembesar suara, sementara varian Double Cab menerima naik taraf dengan enam beg udara dan enam pembesar suara.

Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k

XLT pula menerima lampu utama LED reflektor dengan lampu DRL bentuk C, rim 17-inci, stereng multi-fungsi balutan kulit, corong pendingin hawa belakang dan kamera undur. Varian 4×4 pula datang dengan differential lock belakang elektronik serta mod pemanduan Terrain Management.

Pakej pilihan RM5,000 juga boleh diambil bagi pelanggan XLT. Ini termasuk sensor parkir depan dan belakang, ESC dengan sistem perlindungan free wheel, bantuan mula mendaki dan penghindaran terbalik, lampu tinggi auto, AEB dengan pengesan pejalan kaki, amaran perlanggaran hadapan dengan sokongan brek dan bantuan mengekalkan lorong.

Dengan itu, barisan Ranger di Thailand pun lengkap. Ranger Raptor telah pun dilancarkan di sana, dengan enjin 3.0 liter EcoBoost V6. Pikap prestasi tinggi itu dijual pada harga 1,869,000 baht, iaitu sekitar RM234k selepas tukaran mata wang. Semua model ini juga akan tiba di Malaysia tak lama lagi.

Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k Ford Ranger XL, XLT 2022 dilancarkan di Thailand — XLT kini dengan AEB, harga bermula RM71k-RM121k

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.



【本文地址】

公司简介

联系我们

今日新闻

    推荐新闻

    专题文章
      CopyRight 2018-2019 实验室设备网 版权所有